MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama      : Shafiyrizal Bin Halimirizal
Umur : 15 tahun
Ahli : 11 Jun 2017

 

Latar belakang

Adik Shafiyrizal merupakan pelajar di Sek Men Kebangsaan Agama Tun Rahah, Simpang Lima Selangor. Menetap di Kampung Parit 5, Sekinchan dan jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 1 Kilometer sahaja bagi memudahkan untuk beliau menggunakan kemudahan yang ada di PEDi. Anak bongsu daripada 5 adik beradik merupakan seorang yang rajin mengulangkaji dan menggunakan komputer yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet. Beliau juga tidak tahu menggunakan cara melayari internet dengan betul dan bijak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan cemerlang melalui carian maklumat menggunakan kemudahan internet. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan betul dan memanfaatkan internet untuk pembelajaran.

Qayyim