USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Latifah binti Yusof
Umur : 56 tahun
Ahli : 14 Ogos 2020

 

Latar belakang

Puan Latifah Binti Yusof menetap di Taman Ria, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi Kg Baru Sentosa diaggarkan 3km. Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis kek serta tudung saji hiasan. Pada musim covid-19, beliau mengambil peluang untuk berniaga mask kain dan penyambung mask. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualan kepada penduduk berhampiran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Beliau kurang mahir dan kurang keyakinan dalam menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelangga. Tempahan atas talian juga semakin bertambah.Beliau juga mempelajari kelas asas berniaga di platform Shopee. Perkhidmatan COD juga disediakan bagi menarik minat pelanggan.

SRI