scam

Kita kini berada di kemuncak pandemik dengan peningkatan penularan kes. Perlindungan tambahan digalakkan bagi mana mana individu yang perlu keluar rumah untuk urusan penting dan bekerja.

Selain double layer facemaks, pemakaian kombinasi facemask + faceshield juga boleh dilakukan. Faceshield ini tidak mahal, boleh dibeli di kedai DIY dengan harga dibawah RM2. (Shopee pun ada)

Selain melindungi partikel air liur/ bersin, pemakaian faceshield juga dapat mengelakkan kita menyentuh wajah terlalu kerap.

Kebiasaanya, faceshield digunakan sekali guna, namun ia boleh diguna semula selepas dibasuh dengan sabun.

Tidak perlu malu atau segan untuk melakukan extra protection. Biar apa orang nak kata, yang penting kita berusaha sebaik mungkin untuk dilindungi dari jangkitan.

Sumber Facebook : Public Health Malaysia