RM100 JUTA UNTUK 300,000 ISI RUMAH GOLONGAN MISKIN BANDAR SECARA TANPA TUNAI (CASHLESS) MELALUI MYKAD BERMULA JULAI 2021
✅Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
✅Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.
✅Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀
✅Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/
Sumber Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia