scam

 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan aplikasi mudah alih MyWc (My Water Closet) bagi membantu orang ramai mencari tandas awam berpandukan fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan berdasarkan jarak dari pengguna.
Selain itu, pengguna juga dapat melihat maklumat kemudahan yang terdapat di tandas seperti keperluan orang kurang upaya (OKU), tandas berbayar dan tidak berbayar, bilik tukar lampin bayi dan lain-lain.
Malah, pengguna juga dapat melihat taraf bintang tandas di samping dapat memberi penilaian tandas mengikut bintang untuk dijadikan panduan kepada pengguna lain.Jom muat turun aplikasi ini secara percuma menerusi Google Play atau App Store sekarang!

Sumber Facebook : MAJLIS PERBAANDARAN KUALA SELANGOR


scam

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.

Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

Sumber Facebook : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


scam

BAZAR RAMADAN 2022
Permohonan dibuka mulai 8 Februari 2022.
Untuk keterangan dan maklumat lengkap boleh scan kod dalam poster atau klik pada pautan berikut. KLIK DISINI

Sumber Facebook : MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM


scam

Jemputan Menyertai Program Bengkel Pakej Pelancongan 2022 anjuran Majlis Daerah Sabak Bernam

Kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai program ini bagi mendapatkan pendedahan teknik dalam membuat pakej pelancongan yang baharu agar dapat mempromosikan Negeri Selangor Sebagai destinasi pelancongan

Syarat Penyertaan :
1) Lengkap 2 dos vaksin
2) Pemandu Pelancong
3) Pemilik Homestay
4) Persatuan Pelancongan
5) Pemain Industri Pelancongan

Peserta yang berminat boleh:
(1) mendaftar pada borang secara dalam talian seperti dalam pautan di atas.
(2) Buat bayaran dahulu sebelum mendaftar

Penting ‼️
Peserta yang telah melengkapkan borang pendaftaran akan dimasukan dalam Group Whatsapp kerana segala informasi akan di beritahu dalam group tersebut . Selepas membuat pembayaran dan tidak menghadiri program tersebut wang pendaftaran tidak akan di pulangkan.

Sumber Facebook : Majlis Daerah Sabak Bernam