Sekinchan Padi Box merupakan salah satu penginapan homestay dan cafe yang berkonsepkan kabin. Terdapat beberapa bilik homestay yang pelbagai iaitu dari bilik couple, keluarga dan dorm dan bilik privasi. Di setiap bilik di Padi Box terdapat kelengkapan seperti TV, free WIFI, bilik mandi yang privasi dan juga keselesaan katil untuk mereka yang menginap. Sekiranya anda menginap di Padi Box ini, tiap kali anda bangun dari tidur, anda akan dapat lihat pemandangan sawah padi yang sungguh segar di pagi hari dan cuaca di sekitar Padi Box yang sungguh nyaman. Di hadapan Homestay Padi Box terdapat sebuah bas yang dijadikan cafe hipster.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepelbagaian Padi Box , sila berkunjung di Sekinchan Padi Box.

Untuk maklumat lanjut:

Sekinchan Padi Box

Alamat: Padi Box Homes and Cafe Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor.
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nombor Whatsapp: 0193205688
Nombor Telefon:0193205688

Website : Sekinchan Padi Box