Farm Ville Cafe & Homestay atau lebih dikenali sebagai "Sekinchan Container Hotel" dibina menggunakan bekas logam dari pelbagai saiz yang dibina dalam kedudukan yang unik yang menawarkan pemandangan penuh dari sawah Sekinchan yang terkenal, kehijauan yang luas dari sawah padi semasa musim penanaman atau musim menuai. Antara yang ada di Farm Ville Cafe & Homestay ini seperti, bilik mengikut saiz untuk menginap, cafe, bahagian atas untuk riadah dan melihat pemandangan dan banyak lagi. Tambahan lagi, struktur sebahagian bilik (kebanyakan dengan bilik mandi en-suite) mempunyai teres di bahagian tingkat atas, memberikan anda waktu yang tenang dari kekacauan kota.
Menginap di Farmville Café and Homestay, sama ada dengan keluarga atau rakan anda akan menjadi pengalaman unik untuk kembali ke alam semula jadi dan bersantai sepenuhnya. Selain ketenangan sawah padi, pengunjung juga dapat menjelajahi banyak tarikan tempatan lain yang berada dalam jarak 5 minit pemanduan. Sekinchan juga menjadi bandar pesisir mempunyai banyak restoran yang menawarkan makanan laut yang enak dengan harga murah.
Untuk maklumat lanjut:
Farm Ville Cafe & Homestay
Alamat: Lot 11304, Kampung Site B Tambahan Jalan Tepi Sawah Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nombor Whatsapp: 017-206 8666
Website : Farm Ville Cafe & Homestay
Sumber : Facebook Farm Villa Cafe & Homestay