Kilang Pemprosesan Padi dan Galeri (Paddy Gallery)
Kilang Pemprosesan Padi dan Galeri (Paddy Gallery) merupakan salah satu kilang pemprosesan padi yang membolehkan pelancong melawat dan mengetahui lebih lanjut mengenai pemprosesan padi dan juga mengenai Sekinchan. Kilang Pemprosesan Padi dan Galeri adalah sebuah bangunan besar yang dikelilingi oleh sawah padi dan juga mempunyai muzium mini untuk pelancong mengetahui lebih lanjut mengenai pemprosesan padi dan sejarah Sekinchan. Terdapat Turbin air kayu dengan kolam air di pintu masuk galeri, sebuah mesin padi untuk menanam padi yang di panggil buggy mini, pameran perbezaan jenis-jenis padi, barang tradisional untuk pemprosesan padi pada zaman dahulu dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk melawat di Kilang Pemprosesan Padi dan Galeri (Paddy Gallery), ambil perhatian bahawa musim menanam adalah bulan Februari dan Ogos. Penuaian hanya dilakukan selepas 110 hari menanam padi. Oleh itu, anggaran masa terbaik untuk melawat sekitar Sekinchan pada Jun dan Disember.
Untuk maklumat lanjut:
Paddy Gallery
Alamat: Lot 9990, Jalan Tali Air 5, Ban 2, 45400 Sekinchan, Selangor.
Nombor Telefon: 016-205 6558
Buka: 9am – 5.30pm
Kemasukan: RM5 seorang (ketinggian kanak-kanak 95cm kebawah percuma)
Website: Paddy Gallery
- << Seterusnya
- Seterusnya