scam

Petugas akan meminta anda mendonggakkan kepala dan sebatang putik kapas halus yang panjang akan dimasukkan menerusi rongga hidung sehingga ke hujung.

Sewaktu ini, anda mungkin rasa tidak selesa, ingin terbersin atau berair mata. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit jika anda memberi kerjasama baik.

Cara terbaik untuk mengelakkan dari menjadi suspek covid dan mengelakkan dari melalui prosedur ini adalah dengan terus duduk di rumah dan menjauhi sebarag perjumpaan awam pada ketika ini.

#StayAtHome

#DudukRumah

#KitaMestiMenang

Sumber : Public Health Malaysia