Tarikh : 23 Disember 2019
Masa : 10.00am - 1.00pm
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 13 peserta
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi pengetahuan am kepada peserta wujudnya singkatan papan kekunci windows ketika peserta membuat latihan di Microsoft Word dan sebagainya di komputer. 
   
Aktiviti 
  • Permulaan aktiviti, petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai singkatan di papan kekunci windows dan seterusnya memberi contoh-contoh singkatan di papan kekunci windows. Dengan pengetahuan ini, peserta dapat belajar serba sedikit untuk kegunaan semasa membuat latihan di komputer terutamanya di Microsoft Word.

Gambar Disini 


 

Tarikh : 20 Disember 2019
Masa : 2.30pm - 5.30pm
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 10 peserta
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan sisa elektronik atau 'mobile e-waste' yang digunakan setiap masyarakat pada hari ini.
   
Aktiviti 
  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan dari petugas mengenai sisa elektronik nama mudah iaitu 'Mobile E-Waste' kepada peserta berpandukan youtube. Kemudian, penerangan cara mengitar semula barang elektronik. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk mencuba permaina 'Word Search' atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh : 07 Disember 2019
Masa : 10.00am - 1.00pm
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 10 peserta
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan mendedahkan kepada peserta cara membina ayat dengan betul berdasarkan gambar yang diberikan.
   
Aktiviti 
  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan mengenai kegunaan Microsoft Word kepada peserta. Kemudian, petugas memberi gambar yang telah disediakan untuk peserta membina ayat yang bersesuaian dengan gambar.

Gambar Disini


 

Tarikh : 14 Disember 2019
Masa : 9.00am - 1.00pm
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 10 peserta
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan mendedahkan kepada peserta mengenai perkataan dan tulisan rumi ke jawi secara digital.
   
Aktiviti 
  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan mengenai perkataan jawi yang asas atau yang selalu digunakan. Kemudian, petugas menerangkan cara bagaimana hendak menulis tulisan rumi ke jawi di komputer. Penulisan rumi ke jawi ini menggunakan aplikasi atas talian iaitu di laman web (https://www.lexilogos.com/).

Gambar Disini


 

Tarikh : 15 November 2019
Masa : 9.30am - 12.30pm
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 7 peserta
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan mendedahkan kepada peserta terutamnya kanak-kanak aplikasi mewarna atas talian dan asas menaip menggunakan Microsoft word.
   
Aktiviti 
  • Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai perkhidmatan PEDi dan Teknologi Komputer. Kemudian, peserta diberi peluang untuk menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran menaip ABC dan nombor menggunakan perisian Microsoft Word. Seterusnya, peserta menggunakan aplikasi atas talian untuk mewarna online iaitu color.com.

Gambar Disini