Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan mencabar minda para dan pengetahuan umum para peserta berkenaan Bahasa Melayu dengan menjawab soalan-soalan kuiz.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kemudian, petugas membimbing para peserta untuk menjawab soalan-soalan kuiz berkenaan Bahasa Melayu.

Gambar Disini


 

Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi taklimat advokasi agar mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan kempen Kempen Klik Dengan Bijak yang mana ianya adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Aktiviti ini juga bertujuan mendedahkan kewujudan aplikasi Al-Quran Online dan mengajar para peserta langkah-langkah penggunaannya.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kemudian, petugas mula memberikan taklimat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak serta memulakan kelas asas penggunaan aplikasi Al-Quran Online.

Gambar Disini


 

Tarikh : 4 Mei 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 30 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi tunjuk ajar cara dan langkah pembuatan pasu bunga hanya dengan menggunakan perkakasan ringkas dan mudah seterusnya mencungkil bakat kreatif para komuniti wanita di kampung ini.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan kedatangan dan pendaftaran para peserta seterusnya menjamu sarapan pagi yang disediakan. Program kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas oleh pihak Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebagai penganjur dan pembuatan pasu bunga bermula dengan tunjuk ajar oleh pengajar.

Gambar Disini


 

Tarikh : 4 Mei 2019
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 30 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi tunjuk ajar cara dan langkah pembuatan gubahan bunga hanya dengan menggunakan perkakasan ringkas dan mudah seterusnya mencungkil bakat kreatif para komuniti wanita di kampung ini.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan kedatangan dan pendaftaran para peserta seterusnya menjamu sarapan pagi yang disediakan. Program kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas oleh pihak Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebagai penganjur dan pembuatan gubahan bunga bermula dengan tunjuk ajar oleh pengajar.

Gambar Disini


 

Tarikh : 21 April 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi taklimat advokasi agar mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan kesan-kesan buruk akibat penyebaran berita atau maklumat palsu. Program ini juga diadakan bertujuan membantu para peserta memahami dengan baik cara yang betul dan asas-asas berkenaan penggunaan aplikasi Microsoft Word.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kemudian, petugas mula menayangkan video berkenaan maklumat palsu seterusnya memberikan taklimat berkenaan hal tersebut.Kemudian, program diteruskan dengan kelas asas menaip menggunakan aplikasi Microsoft Word yang dibimbing oleh petugas.

Gambar Disini