Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi  Kg Baru Sentosa
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan mencungkil bakat para peserta dalam penghasilan poster digital serta mengajar para peserta cara-cara dan tips berguna dalam menggunakan Internet melalui kempen Klik Dengan Bijak.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kemudian, peserta memulakan penghasilan poster digital berdasarkan kreativiti masing-masing. Selesai itu, petugas memulakan taklimat Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini


 

Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan melatih peserta mengendalikan aplikasi Microsoft Word sebagai antara aplikasi asas yang sering digunakan. 
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Peserta kemudiannya ditugaskan untuk membuat jadual waktu kelas persekolahan mereka dengan bimbingan petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh : 8 September 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi dan mengajar para peserta melalui platform atas talian serta mendedahkan mereka dengan kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, penyampaian hadiah juga dijalankan bagi pemenang-pemenang variasi pertandingan sempena bulan kemerdekaan pada bulan lepas.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Petugas kemudian mula mengajar menggunakan platform atas talian serta menerangkan dan mendedahkan berkenaan kempen Klik Dengan Bijak kepada para peserta. Setelah itu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena bulan kemerdekaan pada bulan lepas dijalankan.

Gambar Disini


Tarikh : 25 September 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada Program E-Rezeki dengan membantu peserta untuk mendaftar diri dan membantu peserta memulakan penjanaan pendapatan secara dalam talian melalui Program E-Rezeki.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang E-Rezeki untuk mendaftar diri dan kemudian petugas membantu peserta dengan memberi penerangan dan pengenalan berkenaan Program E-Rezeki.

Gambar Disini


 

Tarikh : 2 September 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi dan mengajar para peserta berkenaan asas - asas dan cara serta langkah yang betul menggunakan Internet dengan berhemah serta memberi pendedahan berkenaan kempen Mobile e-Waste.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Petugas kemudian mula mengajar peserta tips-tips dan asas penggunaan Internet kepada peserta dan sedikit sebanyak diselitkan pendedahan kempen Mobile e-Waste.

Gambar Disini