Tarikh : 12 Ogos 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang ciri-ciri, keburukan dan contoh buli siber yang berleluasa in media sosial dan Internet. Peserta juga diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti sebagai suatu program dan pentas untuk menjalin hubungan komuniti setempat melalui satu sistem pusat.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta berkenaan buli siber. Selesai itu, peserta kemudian memulai aktiviti Dashboard Komuniti.

Gambar Disini


 

Tarikh : 11 Ogos 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada Program E-Rezeki dengan membantu peserta untuk mendaftar diri dan membantu peserta memulakan penjanaan pendapatan secara dalam talian melalui Program E-Rezeki.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang E-Rezeki untuk mendaftar diri dan kemudian petugas membantu peserta dengan memberi penerangan dan pengenalan berkenaan Program E-Rezeki.

Gambar Disini


 

Tarikh : 4 Ogos 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya mengawal dan berhemah dalam menggunakan komputer dan berhati - hati melayari Internet melalui Kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, program ini dapat menambah ilmu kemahiran para peserta terutamanya dalam penyuntingan gambar digital menggunakan perisian Adobe Photoshop.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Kempen Klik Dengan Bijak kemudian bermula dengan petugas menayangkan sambil memberi penjelasan berkenaan klip video yang menunjukkan beberapa situasi berkenaan penggunaan Internet dan teknologi yang memerlukan pengetahuan pengguna untuk bijak menilai agar tidak berhadapan dengan masalah dan keburukan akibat penggunaan Internet. Peserta kemudian memulakan pembelajaran asas penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan reka bentuk butang lencana dengan pimpinan dan tunjuk ajar oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh : 5 Ogos 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Kg Baru Sentosa
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang pentingnya memastikan maklumat atau berita yang disebarkan adalah benar dan sahih untuk mengelakkan fitnah dan salah faham berlaku. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang sebenarnya.my untuk mendapatkan artikel-artikel yang menjelaskan kesahihan sesuatu berita. Selain itu, program ini dapat menambah ilmu kemahiran para peserta terutamanya dalam penyuntingan gambar digital menggunakan perisian Adobe Photoshop.
   
Aktiviti 
Program bermula dengan taklimat oleh petugas dan ramah mesra antara petugas dan para peserta. Peserta ditugaskan untuk melayari laman sesawang sebenarnya.my untuk mendapatkan artikel-artikel yang menjelaskan kesahihan sesuatu berita. Peserta kemudian memulakan pembelajaran asas penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan reka bentuk asas kereta dengan pimpinan dan tunjuk ajar oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh : 21 Julai 2018
Masa : 9.30 pagi - 2.30 petang
Lokasi : PEDi  Kg Baru Sentosa
Peserta : 7 orang
Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat para peserta dalam bidang keusahawanan melalui pendedahan program E-Rezeki. Di samping itu, peserta juga dapat menimba ilmu penjagaan kulit wajah dengan mengambil bahagian dalam bengkel ini.
   
Aktiviti 
Aktiviti bermula penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas. Kemudian, peserta didedahkan oleh petugas berkenaan program E-Rezeki berkenaan cara mendaftar sebagai ahli. Setelah itu, peserta mengambil bahagian dalam bengkel penjagaan kulit wajah.

Gambar Disini