scam

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 9 Jun 2020. Pertambahan 3 kes baharu hari ini (0 kes tempatan, 3 kes luar negara). Pertambahan 6 kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini

Kes Baharu (Tempatan): 1 kes di mukim Batu (Saringan close contact)

Teruskan mengamalkan penjarakan sosial 1Meter, kerap cuci tangan, elakkan ke tempat sesak.

#Covid19

#PerintahKawalanPergerakanPemulihan


scam

Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.

Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.

Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.

Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu.

#Covid19

#KitaJagaKita

#KitaTeguhKitaMenang

#PerintahKawalanPergerakanPemulihan