scam

Kekal tenang dan amalkan penjagaan diri dengan menjaga pemakanan sihat, bersenam dan dapatkan tidur yang berkualiti.

Sekiranya emosi anda terganggu, sila dapatkan bantuan pakar dengan menghubungi talian-talian seperti yang tertera di bawah:

Talian Kasih KPWKM: 15999 dan WhatsApp: 019 2615999

Talian Psikososial KKM: 03- 2935 9935, 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236

Talian CPRC: 03 - 8810200, 03 - 8810600, 03 – 8810600, 013 9279454, 0109699435

Befrienders: 03 - 76272929

Sumber Facebook : Klik Dengan Bijak


scam

Jika anda merupakan kontak kasual, anda tidak perlu menjalani kuarantin tetapi bertanggungjawab untuk:

🟣Patuh SOP

🔵Pakai pelitup muka

🟢Jaga penjarakan fizikal

🔴Buat penilaian kendiri : MySejahtera

🟣Buat penilaian status kesihatan


scam

PEDi sedia membantu

PEDi di seluruh negara akan dimobilisasikan sebagai pusat bantuan dalam usaha membantu orang awam termasuklah warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Menerusi usaha tersebut, setiap PEDi akan membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Bagi orang awam yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi akan membantu mereka untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera masing-masing.

Kemudahan ini akan disediakan di semua PEDI yang beroperasi di seluruh negara. Setiap PEDi akan memulakan program ini pada Khamis, 1 April 2021


scam

Dengan pelaksanaan PKP 3.0, sekolah-sekolah kembali ditutup untuk mengelakkan penularan #COVID19 dan proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di alam maya menerusi kaedah PdPR.

Ini meningkatkan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak dan boleh memberi kesan negatif kepada saraf mata dan tahap penglihatan mereka. Oleh itu, awasi tempoh penggunaan gajet anak-anak anda dan lakukan senaman mata untuk mengekalkan kesihatan mata.