http://kgbarusentosa.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=55#sigFreeIdf3a281b9f2
Jom recap, kesan virus SARS-CoV-2 (punca COVID-19) terhadap paru-paru kita.
Kajian COVID-19 yang diterbitkan Jurnal Perubatan New England menunjukkan hasil posmortem pesakit Covid-19 secara kasar sehingga ke mikroskop elektron.
Antara penemuan yang didapati adalah
1) kerosakan paru-paru yang sangat teruk berbanding paru-paru normal
2) dinding salur darah paru-paru yang rosak
3) pembentukan darah beku
4) dan pembentukan saluran darah baru akibat dari kerosakan salur darah sedia ada.
Kami mengambil inisiatif menterjemahkan hasil kajian dalam bentuk yang mudah untuk orang awam faham. Moga bermanfaat
Sumber Facebook : Public Health Malaysia
50.6% pesakit #COVID19 yang meninggal dunia di negara kita mempunyai sejarah penyakit kronik tekanan darah tinggi.
Jika anda atau ibu bapa anda pesakit kronik, mereka adalah golongan berisiko tinggi.
Lindungi mereka yang berisiko tinggi ini. Sentiasa akur SOP norma baharu.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Semasa tempoh pandemik kini, sekiranya anda bergejala... tolonglah jangan datang bekerja. Dapatkan pemeriksaan dan pastikan anda memakai topeng muka. 44% kluster yang berlaku sekarang berlaku di tempat kerja.
Sumber : Public Health Malaysia
Tiada vaksin untuk #Denggi.
Hanya langkah pencegahan adalah yang terbaik.
Musim hujan yang melanda kini, pastikan rumah anda bebas dari tempat pembiakan Aedes.
Luangkan masa selama 10 minit setiap minggu untuk membersihkan kawasan rumah anda.
Sumber Facebook: Kementerian Kesihatan Malaysia
Hilang deria bau (anosmia) merupakan antara gejala unik bagi Covid-19. Namun perkongsian dari bekas pesakit (Covid-19 survivors) menunjukkan ramai yang mengalami gejala Parosmia selepas dilaporkan sembuh.
virus menyebabkan saraf olfactory iaitu saraf yang menghantar maklumat mengenai bau ke otak terjejas. Situasi ini menyebabkan otak menerima mesej yang salah mengenai bau makanan dan persekitaran.
Ada pesakit yang alami bau najis sepanjang masa , ada juga yang alami bau hanyir dan hapak sepanjang hari.
Namun jangan khuatir, gejala ini hanya bersifat sementara dan boleh pulih dalam masa tertentu
Sumber : Public Health Malaysia