Ramai yang mengadu merasa shaking atau menggeletar sejak akhir akhir ini. Tangan yang menggeletar adalah satu pergerakan yang tidak terkawal yang berpunca dari pelbagai faktor.
Punca tangan menggeletar mungkin termasuk faktor gaya hidup (seperti minum terlalu banyak kopi) dan masalah perubatan seperti strok atau penyakit Parkinson. Ia juga boleh berlaku apabila kita penat dan terlalu marah. Jika gejala shaking berterusan, dapatkan pemeriksaan
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
LAntara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti
📌 Kurangkan aktiviti di luar
📌 Minum air kosong secukupnya
📌 Kerap mencuci tangan, muka dan mandi
📌 Pakai pelitup muka jika perlu keluar
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
Ikuti Pengurusan Kontak kepada kes Covid -19 seperti di dalam poster ini/p>
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.
Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.
Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.
Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia