Jika ada perubahan pelik pada najis (berdarah, berlendir) atau ada perubahan dari segi pola membuang air besar, tolong dapatkan pemeriksaan segera . Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel. Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.
Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas pula sudah jadi kebiasaan.
Di klinik kesihatan ada program saringan kanser kolorektal, anda hanya perlu beri sampel najis, mudah dan cepat.
Sumber Facebook : Public Health Malaysia
Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa:
mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
mengamalkan adab batuk yang baik;
mengamalkan cara hidup sihat.
Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, sila laksanakan perkara-perkara seperti dikongsikan.
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.
Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease 🫀 dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 🧒🏻👧🏻
🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini. Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda.
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
Apakah perbezaan HFMD, chickenpox dan monkeypox
Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Ketahui perbezaannya menerusi info yang dikongsikan ini.
Pengetahuan mengenainya penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Ketiga-tiga penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair tubuh pesakit yang dijangkiti.
Jadi pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia