scam

LAntara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti

📌 Kurangkan aktiviti di luar

📌 Minum air kosong secukupnya

📌 Kerap mencuci tangan, muka dan mandi

📌 Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. Ia membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi mengawal dan mengelakkan penyakit gout bagi menjamin kehidupan yang berkualiti.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia

scam

Ketahui fakta berkaitan Nyamuk Aedes berWolbachia sebelum menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Pelepasan nyamuk Aedes aegypti berWolbachia merupakan satu kaedah inovatif dan mampan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk Aedes seperti denggi, zika dan chikungunya.

Nyamuk Aedes berWolbachia akan mengawan dengan nyamuk Aedes liar dan menyebarkan Wolbachia dalam populasi nyamuk Aedes di lapangan yang akan menyekat penularan demam denggi di komuniti setempat.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia