scam

👁️‍🗨️Rabun tua atau presbiopia adalah Masalah ini terjadi kerana kanta dan otot mata menjadi kurang anjal hingga menyebabkan penurunan daya memfokus pada objek dekat. Keadaan ini berlaku kerana perubahan umur atau penuaan.

Dikongsikan simptom dan tanda-tanda rabun tua. Rabun tua yang tidak dibetulkan boleh menjejaskan tugasan harian seseorang.

✔️Jom! bawa insan tersayang untuk melakukan pemeriksaan mata secara berkala.

Sumber Facebook : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


scam

Muka tiba-tiba senget sebelah❓ Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja.

Puncanya tidak diketahui tetapi dikaitkan dengan jangkitan virus dan inflamasi.

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari.

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor dengan segera agar rawatan anda dapat diberikan dengan segera❗

Sumber Facebook : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


scam

Pengsan atau ‘Syncope’ adalah istilah perubatan untuk pengsan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat.

Sekiranya individu di sekeliling anda pengsan, JANGAN PANIK❗

1️⃣ Angkat mangsa ke tempat yang selamat dan sejuk.

2️⃣ Baringkan tubuhnya untuk mengelakkan serangan pengsan kali kedua sekiranya pesakit didirikan atau diletakkan dalam posisi duduk.

3️⃣ Jika mangsa masih bernafas secara normal, angkat kakinya lebih tinggi daripada paras jantung.Longgarkan pakaian atau buka tali pinggang agar mangsa dapat bernafas dengan lebih mudah.

4️⃣ Gerakkan tubuh, memanggil nama dan menepuk bahu atau badan mangsa bagi mengembalikan kesedarannya.

5️⃣ Sekiranya masih tidak ada sebarang respon, dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999.

6️⃣ Sekiranya pesakit kembali tersedar, berikan minuman atau air bergula (sekiranya pesakit mengalami diabetes) dan segera membawa pesakit ke hospital.

Sumber Facebook : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


scam

Juling terjadi disebabkan oleh paksi kedua-dua bola mata tidak selari dan melibatkan pergerakan otot-otot mata. Ia boleh berlaku pada satu mata atau kedua-duanya sekali.

Penggunaan gajet 📱💻 secara berlebihan boleh menjadi punca masalah juling.

👧👦Kanak-kanak bermata juling mempunyai masalah memfokus menggunakan kedua-dua matanya pada satu objek secara serentak yang seterusnya boleh menyebabkan penurunan tahap penglihatan atau mata malas (amblyopia).

Ambil berat dengan keluhan dan tabiat penglihatan anak-anak anda.❗️Sekiranya anak anda mula menampakkan kejulingan bawa mereka menjalani pemeriksaan mata.

Sumber Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia


scam

Jika ada perubahan pelik pada najis (berdarah, berlendir) atau ada perubahan dari segi pola membuang air besar, tolong dapatkan pemeriksaan segera 🙏🏻. Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel. Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.

Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas pula sudah jadi kebiasaan.

Di klinik kesihatan ada program saringan kanser kolorektal, anda hanya perlu beri sampel najis, mudah dan cepat.

Sumber Facebook : Public Health Malaysia