Bijak Menaip Dan Menggunakan Internet

Nama

Qaseh Khadeeja Binti Azhadi

Umur

10 Tahun

 

Latar belakang

Qaseh Khadeeja adalah puteri kepada En.Azhadi bin Mohd Khalid dan Puan Siti Mazura binti Abu Bakar. Beliau adalah anak sulung dan mempunyai seorang adik bernama Farish Ukhail. Qaseh merupakan pelajar tahun 4. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 4 pada sesi pagi  dan Sek Ren Agama Parit 4 pada sesi petang. Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan dan bimbingan yang diadakan di PEDi, beliau bertambah mahir menggunakan komputer dan internet dengan betul. Beliau tahu untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran. Beliau juga tahu cara melayari internet dengan bijak melalui taklimat KDB yang sering beliau hadiri.

20626306 1918019231790083 3371477765305384631 o

Usahawan Online

Nama

Mohammadi Amir Bin Razak

Umur

26

Tahun menjadi Ahli

2017

 

Latar belakang

En. Amir mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak dari kecik lagi dengan membantu ibubapanya berniaga dipasar malam. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan keropok ikan sejak awal tahun 2016. Hasil, permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan menjadi punca utama  beliau menjual keropok ikan yang asli dari Terengganu ke kawasan Sekinchan . Beliau membeli secara borong daripada peniaga di Terengganu dan melakukan pembungkusan semula di Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan kasar bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi, beliau telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau telah mengenali system Dashboard yang diperkenalkan oleh PEDi.Dengan adanya aplikasi MYSHOP beliau mempelajari medium baru selain facebook untuk mempromosi produk beliau diserata Malaysia.

P 20160612 161544

Usahawan Online

Nama

Nor Juhana Binti Jamaluddin

Umur

26

Tahun menjadi Ahli

2017

 

Latar belakang

Cik Nor Juhana berumur 26 tahun, anak ke tiga daripada 4 orang adik beradik. Beliau sekarang bekerja sebagai Executive Data Entry. Beliau dahulu menuntut di Universiti Teknologi Mara. Beliau mula melibatkan diri di dalam dunia perniagaan atas talian bermula awal tahun 2017. Ia bermula dengan minat yang mendalam terhadap produk penjagaan kulit dan kecantikan. Sejak itu, beliau mula menjadi ahli MaryKay dan menjual produk tersebut serta melakukan kelas-kelas penjagaan kulit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromoikan produk kepada orang ramai. Dengan adanya ICT produk beliau senang dikenali dan proses urus niaga berjalan dengan lancar dan mudah. Pendapat beliau juga bertambah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara untuk mempromosi perniagaan beliau secara online seperti mempromosi menggunakan facebook dan instagram. Melalui PEDi beliau dapat menambah kenalan untuk mengembangkan perniagaan beliau.

P 20170721 100952 compressed