USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN

Nama : Rossalawati Abd Rahman
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rossalawati menetap di Lorong Melati, Kampung Penerangan Sekinchan. Menjadi ahli sejak September 2017. Beliau adalah salah seorang ahli jawatan kuasa PEDi Kg Baru Sentosa. Jarak rumah yang hampir, anggaran 1 kilometer daripada PEDi, memudahkan belia untuk menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan. Beliau menjalankan perniagaan Produk Kecantikan bermula tahun 2010 dengan bermodalkan RM500.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak terhad dalam mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau telah belajar satu lagi cara baharu untuk mempromosikan produk beliau iaitu MyShop.Selain itu, beliau dapat menambah kenalan melalui ahli-ahli yang berdaftar di PEDi. Beliau juga belajar cara untuk menggunakan komputer dan internet dengan betul.

Emmy

 


 

USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama : Yulah Binti Suarti
Umur : 45 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Yulah menetap di Kg Baru Parit 5 ,Sekinchan. Beliau berumur 45 tahun,.Mempunyai 4 orang cahaya mata iaitu 3 orang putera dan seorang puteri. Bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan makanan bermula tahun 2005. Beliau menerima tempahan catering makanan, set makan beradap untuk majlis perkahwinan dan juga menerima tempahan kuih raya apabila hari raya bakal menjelma. Antara kuih raya yang amat popular  dikalangan penduduk kampung ialah biskut tat nenas, dan bahulu gulung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Dengan adanya ICT produk beliau senang dikenali dan proses urus niaga berjalan dengan lancar dan mudah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara untuk mempromosi perniagaan beliau secara online seperti mempromosi menggunakan platform MyShop di PEDi. Melalui PEDi beliau dapat menambah kenalan dan menjadikan PEDi sebagai pusat untuk mengembangkan ilmu berkaitan dengan perniagaan secara atas talian.

 

Yulah

 


 

Usahawan Katering Makanan

Nama : Norasni Bin Jainuri
Umur : 47 tahun
Ahli : 2017

 

 

Latar belakang

Tn Haji Norasni bin Jainuri berumur 47 tahun, mempunyai 8 orang adik beradik. Isteri beliau bernama Pn Hamidah Binti Kudori dan bekerja sebagai seorang guru. Mempunyai 3 orang cahaya mata. Tn Haji Norasni melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan kelapa seperti santan, kerisik, kelapa parut dan kelapa bulat. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 1989 dan berniaga di Pasa Awam Sekinchan (Santan Segar).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Dengan adanya ICT produk beliau senang dikenali dan proses urus niaga berjalan dengan lancar dan mudah. Pendapat beliau juga bertambah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara untuk mempromosi perniagaan beliau secara online seperti mempromosi produk beliau menggunakan Dashboard Komuniti.

sidang compressed

Bijak Menaip Dan Menggunakan Internet

Nama : Dya Farina Binti Azharin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Dya Farina Binti Azharin merupakan pelajar Darjah 5 dan menuntut di Sekolah Kebangsaan Parit 4, Sekinchan pada sesi pagi. Pada sesi petang beliau belajar di Sek Ren Agama Parit 4, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi lebih kurang 600 meter memudahkan beliau untuk datang ke PEDi Kg. Baru Sentosa dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PEDi. Basikal adalah pengangkutan utama untuk hadir ke PEDi bagi menimba ilmu ICT.Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.Beliau juga tidak tahu menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan dan bimbingan yang diadakan di PEDi, beliau bertambah mahir menggunakan komputer dan internet. Beliau tahu untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran. Beliau juga menjadikan internet satu medium untuk belajar. Beliau juga tahu cara melayari internet dengan bijak melalui taklimat KDB yang sering beliau hadiri.

Dya

Usahawan Katering Makanan

Nama

Mohd Azli Bin Abdul Aziz

Umur

35

Tahun menjadi  Ahli

2017

 

Latar belakang

En Mohd Azli Bin Abdul Aziz berumur 35 tahun. Menjadi ahli pada bulan September 2017. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 2006. Beliau telah membuka kedai makan beralamat di Kedai Makan Azli Aziz, Kampng Baru Parit 5, Seri Sentosa, Sekinchan. Beliau menjual sarapan pagi,makanan tengahari dan juga masakan panas. Selain menjual di kedai, beliau juga menerima tempahan catering untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk kepada orang ramai. Dengan adanya ICT produk beliau senang dikenali dan proses urus niaga berjalan dengan lancar dan mudah. Pendapat beliau juga bertambah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara untuk mempromosi perniagaan beliau secara online seperti mempromosi produk beliau menggunakan Dashboard Komuniti.

azli