USAHAWAN PRODUK MAKANAN (KEDAI MAKAN)

Nama : Noraini Binti Sohed
Umur : 40 tahun
Ahli : 27 Februari 2018

 

Latar belakang

Puan Noraini Binti Sohed menetap di Kg Parit 4, 45400 Sekinchan dan berusia 40 tahun. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2010 dan telah membuka kedai makan yang beralamat di Jalan Masjid Kg Parit 4, Sekinchan. Perniagaan beliau beroperasi pada waktu pagi hingga tengahhari sahaja. Antara makanan yang ada dijual di kedai makan beliau adalah roti canai, kuih muih, makanan berlauk dan minuman panas dan sejuk. Dengan menggunakan kemudahan ICT, beliau memanfaatkan kemudahan yang ada dengan bijak dan efektif. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Tambahan lagi, Beliau hanya membuat catatan di dalam buku sahaja untuk jualan harian. Beliau juga kurang mahir untuk menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui bimbingan yang diberikan oleh petugas, beliau belajar cara pengiraan dan penggunaan Microsoft excel dengan cepat dan mudah. Beliau juga, tahu untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan menggunakan peluang ICT yang ada di PEDi dengan efektif.

Rafiq


 

MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN INTERNET

Nama : Muhammad Hakimi Ellshah Bin Mohd Adamshah
Umur : 13 tahun
Ahli : 23 Mei 2017

 

Latar belakang

Muhammad Hakimi Ellshah salah seorang ahli yang mendaftar awal setelah PEDi ini mula beroperasi. Berumur 13 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong. Menetap di Parit 5 Kampung Baru Sentosa, Sekinchan dan jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 500 meter sahaja bagi memudahkan untuk beliau mengikuti kelas e-pembelajaran yang dijalankan di PEDi. Dengan adanya bimbingan daripada petugas PEDi, beliau dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah dengan mudah dan pantas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip sahaja. Beliau juga tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan bijak. Beliau juga kurang mahir dalam mencari maklumat tugasan yang diberikan oleh guru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri diPEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan internet. Asas menggunakan Microsoft Word juga beliau semakin mahir. Selain itu, beliau menjadikan pembelajaran melalui komputer menyeronokkan dengan mengikuti kuiz online dan pembelajaran melalui Youtube. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan bijak.

Rafiq


 

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Nor Sudayah Bt Alias
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Sudayah Binti Alias menetap di Kampung Penerangan Parit 5 Sekinchan, Selangor dan berusia 28 tahun. Beliau mula menjalankan perniagaan pada tahun 2018. Pada mulanya, beliau hanya menerima tempahan donut dan bombolini daripada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Kemudian membuka gerai kecil dihadapan rumahnya dengan menjual pelbagai jenis roti. Sambutan yang amat menggalakkan dan beliau mula menambah pelbagai jenis menu jualan seperti roti sosej, chicken flos, roti 3 in 1,cupcake, roti sarang lebah, roti 4 benua dan pelbagai lagi. Bermula 2018 beliau bersama-sama membuka gerai yang lebih besar bersama rakan-rakan di Parit 5. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualan kepada penduduk berhampiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengguna ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan produk beliau dan kurang tempahan. Produk beliau kurang dikenali kecuali dikawasan terdekat sahaja dan menu jualan juga terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas bimbingan yang diberikan oleh PEDi beliau belajar cara untuk mempromosi produk dengan lebih berkesan melalui platform atas talian. Beliau belajar cara untuk menambah kenalan/network bagi menarik lebih ramai pelanggan ke gerai beliau. Tempahan atas talian juga semakin bertambah dan produk makin dikenali di luar kawasan tempat tinggal beliau. Perkhidmatan COD juga disediakan bagi menarik minat pelanggan.

Rafiq

 


 

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN (FRESH DAN FROZEN) DAN PRODUK KECANTIKAN

Nama : Siti Normala Binti Shamsudin
Umur : 27 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Siti Normala Binti Shamsudin menetap di Lapis 3 Tali Air 3, Pantai Rasa Sayang Sekinchan dan berusia 27 tahun. Beliau memulakan perniagaan atas talian sejak tahun 2016. Pada mulanya, beliau hanya menerima tempahan makanan nasi berlauk dan kuih kapit sahaja daripada rakan-rakan dan jiran terdekat. Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan atas perniagaan atas talian, beliau mula menambah pelbagai jenis menu makanan berlauk seperti bubur berlauk, nasi ayam, nasi tomato ayam masak merah, pau frozen, roti pelangi dan ditambah dengan produk kecantikan seperti tea lemon myrtle. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan jualan kepada penduduk berhampiran. Beliau juga menerima tempahan daripada pelanggan dan menggunakan khidmat pos untuk menghantar tea lemon myrtle kepada pelanggan yyang membuat tempahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum pengguna ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Hanya mempromosi jualan kepada rakan dan jiran sahaja. Manakala menu makanan juga adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah hadir di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui laman Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik dan mempelajari cara untu membuat ‘page’ di facebook bagi memudahkan mempromosi produk yang dijual kepada orang ramai.

Rafiq


 

MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama : Rafiq Bahtiar Bin Mohamad Tamyis
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Rafiq Bahtiar Bin Mohamad Tamyis mula mendaftar menjadi ahli PEDi pada 28 Mei 2017. Beliau berumur 11 tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Sekinchan dan SRA Harmoni. Menetap di Kampung Parit 5, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 100 meter sahaja bagi memudahkan adik Rafiq mengikuti kelas e-pembelajaran yang dijalankan di PEDi. Adik Rafiq Bahtiar salah seorang generasi pelajar dalam era teknologi yang semakin berkembang pada abad ini untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan celik IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Rafiq Bahtiar tiada asas menggunakan komputer seperti menaip dan mencari maklumat di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah beliau hadiri di PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan internet dengan betul. Asas menggunakan Microsoft Office Word juga semakin mahir. Selain itu, beliau menjadikan pembelajaran melalui komputer menyeronokkan dengan mengikuti kuiz atas talian dan pembelajaran melalui Youtube. Beliau menggunakan internet untuk melengkapkan kerja yang telah diberikan oleh para guru di sekolah. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan bijak.

Rafiq