USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Sanita Binti Othman
Umur : 41 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Sanita Binti Othman menetap di No 09 Jalan PKKP 7/A6 Kg Baru Sentosa, Sekinchan. Mula menjadi ahli PEDi pada 19 Mei 2017 dan salah seorang Ahli Jawatankuasa PEDiKg Baru Sentosa yang aktif melibatkan diri dengan aktiviti di PEDi. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan makanan pada awal tahun 2019, dengan menjual tauhu bergedil dan tauhu bunga kepada penduduk sekitar sahaja. Apabila jualan mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula mempromosi produk jualan di media sosial seperti facebook dan menerima tempahan melalui aplikasi whatsApp. Selain tauhu bergedil, beliau kini menjual kuih muih seperti apam nasi, bubur lambuk, kerepek peria, mee kari, siput sedut dan pepahat. Beliau juga menjual produk digerai jualan bersama rakan-rakan dan menerima tempahan majlis kenduri dan juga jamuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Hanya mempromosi kepada rakan terdekat dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah menghadiri Bengkel Usahawan di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui laman Facebook dan aplikasi Whatsapp. Beliau juga belajar cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik atas bimbingan petugas. Selain itu, beliau mempromosikan produk melalui Dashboard Komuniti MyShop.

 


 

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Siti Saiyah Binti Sadikin
Umur : 53 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Saiyah menetap di Kampung Baru Parit 5, Sekinchan. Mempunyai 2 orang cahaya mata. Menjadi ahli PEDi bermula 21 Januari 2018. Beliau menjalankan perniagaan setelah anak-anak beliau menamatkan persekolahan. Beliau menceburi bidang masakan kuih-muih terutamanya kuih tradisional seperti badak berendam, pau, kuih dangai dan donut. Beliau menerima tempahan di majlis perkahwinan dan mesyuarat. Selain itu, beliau meletakkan kuih di gerai kawan beliau untuk diniagakan setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak sukar untuk mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai. Hanya mempromosi kepada rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah menghadiri Bengkel Usahawan di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui aplikasi whatsapp.Ia mudah digunakan dan difahami. Beliau juga tahu cara mempromosi produk di paltform MyShop. Selain itu, beliau menghadiri Bengkel Suntingan Imej bagi mempelajari cara mengambil gambar produk dengan betul untuk diiklankan di media sosial

 


 

MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama : Aina Aliyatul Nafisah
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Aina Aliyatul Nafisah mula mendaftar menjadi ahli PEDi pada 28 Mei 2017. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 1 di Sek men Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan. Menatap di Kampung Penerangan Parit 5, Sekinchan. Jarak rumah beliau dengan PEDi dianggarkan sejauh 500 meter sahaja memudahkan beliau mengikuti kelas e-pembelajaran yang dijalankan di PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas dan bengkel e-pembelajaran yang telah belaiau hadiri di PEDi, belia semakin mahir menggunakan komputer dan internet dengan betul. Asas menggunakan microsoft office word juga semakin mahir. Selain itu, beliau menjadikan pembelajaran melalui komputer menyeronokkan dengan mengikuti kuiz atas talian dan pembelajaran melalui Youtube. Beliau menggunakan internet untuk melengkapkan kerja yang telah diverikan oleh para guru di sekolah. Dengan adanya Advokasi Klik dengan Bijak, beliau tahu menggunakan internet dengan bijak.

 

 


 

USAHAWAN KECIL PRODUK TUPPERWARE

Nama : Siti Rumizan
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Rumizan menetap di Kampung Sungai Tengi Kiri, Tanjung Karang. Menjadi ahli PEDi bermula 25 November 2018. Beliau menjalankan perniagaan pada tahun 2018 dengan menjadi ejen sah Tupperware.  Dengan bermodalkan RM500.00 beliau menjadi ejen Tupperware dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.Beliau berniaga bermula dengan mempromosikan produk kepada rakan-rakan terdekat dan komuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaa ICT beliau agak terhad dalam mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau telah menghadiri bengkel usahawan di PEDi dan mempelajari cara mempromosi produk melalui laman sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga mempelajaran cara untuk menyunting gambar produk dengan lebih baik atas bimbingan petugas.

 

 


 

MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama : Fazlynn Rihana Binti Mohd Fazli
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Fazlynn Rihana adalah puteri kepada En.Mohd Fazli dan Puan Rozahana. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik Menetap di Kg Lama belakang LPN Parit 5. Jarak rumah beliau dengan PEDi lebih kurang 1 kilometer sahaja dan mengambil masa 3-4 minit untuk sampai ke PEDi. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 4 pada sesi pagi  dan Sek Ren Agama Parit 4 pada sesi petang. Menjadi pelajar di dalam era teknologi yang semakin berkembang, beliau perlu mengikut perkembangan yang sedang berlaku. PEDi Kg Baru Sentosa adalah pusat pembelajaran ICT untuk beliau mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan yang telah dihadiri di PEDi, beliau mula mahir menggunakan komputer. Beliau boleh menaip dan menggunakan Microsoft Office Word serta menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat mengenai pembelajaran. Melalui taklimat KDB beliau mempelajari cara melayari internet dengan betul.

Fazlynn